Tuesday 3 September 2013

3 Jiwa Bersatu, Memori Kem Lopak, Syawal di Yong Yap, Bubu & Tok Nenek

3 Jiwa Bersatu
  • Malaysia adalah negara yang unik dengan 3 warna utama, Melayu, Cina dan India.  YYBBTN telah menyatukan jiwa tiga warna dengan semangat setiakawan , saling menghormati dan berkongsi satu bumbung .

  • Inilah warna sejati Malaysia di YYBBTN.

Memori Kem Lopak


  • Walaupun cerita pendaki yang hilang di laluan YYBBTN menjadi ingauan dan ingatan kepada semua pendaki, Yong Yap, Bubu  & Tok Nenek juga menyatukan  2 hati antara Adam dan Hawa, memulakan  salam perkenalanan, menyemai bunga bunga cinta dan akhirnya.. satu ikatan tali perkahwinan.

  • Kem Lopak juga telah menjadi saksi  permulaan kepada satu ikatan dan menjadi memori  yang terindah. Terima kasih kepada gogo yang berkongsi  secebis sejarah.









Syawal di Yong Yap, Bubu & Tok Nenek


  • Pendakian bermula dari Lojing ke Perkampungan Asli  Kg Rengil melalui Jambatan Kayu. Permulaan Trek balak sepanjang hampir 7 km dengan laluan berbuluh hingga ke Simpang Tok Nenek, mula melunturkan semangat. Pertemuan dengan Pakcik Tapah, adalah satu rahmat dan simpati atas keadaan kesihatannya.


  • Laluan merentas pohon buluh , laluan sungai dan anak sungai yang hilang dalam perkiraan,  benar benar mencabar dan menguji kesabaran. Pengalaman lalu menyakinkan  bahawa setiap laluan akan tetap memberi cabaran yang berbeza dan mengingatkan kita agar sentiasa menghormati alam semulajadi dan kebesaran ciptaan tuhan, yang maha esa.


  • Kem Agas menjadi persinggahan pertama dan titik permulaan mengerat hubungan dan berkongsi pengalaman. Tiada cerita politik, tiada kata mengata... keluar dari dunia nyata.. ini menjadikan aku jatuh cinta untuk terus mendaki. Ruang ini juga memberi peluang untuk muhasabah diri dan mencari titik kekuatan jati diri 



  • Pendakian  hari kedua adalah untuk sampai ke puncak Yong Yap dan laluan menjanjikan  hari yg lebih mencabar dan perlu untuk membawa air yang mencukupi . Hari ini benar benar menyeksakan kerana mengalami kecederaan lutut kiri akibat tergelincir, ditambah  dengan bebanan air. Terima kasih kepada teman teman yang berkongsi bebanan  atas satu semangat setiakawan tanpa mengira warna.


  • Alhamdulillah Puncak G7  kedua dapat ku capai.. Pemandangan yang terbaik, cuaca yang terbaik dengan panorama 'golden moment' yang paling terbaik ...dengan view puncak Bubu, Tok Nenek, Yong Belar, Korbu dan Gayong, Banjaran Titiwangsa. Dan meletakkan sasaran untuk menawan puncak Korbu dan Gayong





  • Hari ketiga  aku berjaya menawan puncak Bubu dengan cabaran kecederaan dan laluan yang lebih mencabar dan suatu ketika, hampir berputus asa dan akhiranya ...berjaya sampai Kem Kambing yang merupakan kem terakhir sebelum ke puncak Tok Nenek 


  • Sambutan Syawal di puncak Tok Nenek, menikmati 2 biji tembikar tanda kesyukuran, menjadikan Syawal di YYBBTN sebagai memori yang terindah untuk semua. Respek kepada teman, membawa gitar tanpa tali ke puncak YYBBTN . Tiada irama tanpa lagu




Terima kasih kepada semua. Insyallah aku akan datang lagi



Tuesday 6 August 2013

Pengenalan kepada "Composition" dan "Exposure"


1.        Fotografi yang menarik bukan sahaja terletak kepada kemahiran menggunakan Shutter Speed, ISO dan Aperture sahaja.  Elemen composition juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan subject atau talent dalam  imej

2.        Seringkali kita dapat menghasilkan imej yang baik dan menarik tetapi apabila elemen composition tidak di ambil berat, imej  itu hanya sekadar imej  tanpa ada sebarang seni  dan penceritaan untuk kongsi bersama.

3.        Asas Fotografi adalah satu  seni penghasilan imej dari pantulan cahaya dan dirakam dalam lensa kamera dan composition adalah salah satu nilai tambah utama ke atas imej yang dihasilkan.

Apa itu Composition dan Exposure

1.        Composition yang baik merupakan satu element penting dalam fotografi. Ia dicipta sebagai panduan untuk mendapatkan hasil fotografi yang menarik. Elemen composition juga boleh digabungkan untuk mendapat hasil yang terbaik.

1st Elemen  - Rule of Third

2.        Kebanyakan photographer tahu tentang konsep Rule of Third. Konsep ini merupakan pembahagian imej kepada 3 bahagian atau 9 segmen  secara 2 garisan menegak dan 2 garisan mendatar.

3.        Dalam konsep  Rule of third menetapkan bahawa subjek  penting mesti ditempatkan di pertemuan setiap garisan. Konsep Golden Ratio juga hampir sama dengan konsep Rule of Third tetapi kurang digunakan.

4.        Kebanyakan kamera telah dilengkapi konsep garisan untuk Rule of Third pada skrin LCD untuk panduan .





 2nd Element - Line

1.        Elemen Line merupakan salah satu elemen penting dalam fotografi dan  elemen ini boleh dalam keadaan lurus, melengkung, menegak, melintang, condong, atau berbentuk zigzag / S

2.        Elemen ini  dapat menarik perhatian penonton kepada arah haluan atau orientasi pusat  imej yang dihasilkan.

3.        Elemen juga  dapat membayangkan sesuatu perasaan seperti garisan menegak membayangkan perasaan kekuatan / kuasa dan garisan melengkung atau berbentuk S membayangkan perasaan ketenangan




...Bersambung

Tuesday 23 July 2013

1 Malaysia @ Gunung Datok N9

  

      1.       Satu keunikan yang aku dapati ialah setiap gunung ganang di Malaysia yang pernah aku ialah  trek dan tahap kesukaran tersendiri . Setiap pendaki mempunyai pendapat yang tersendiri tentang tahap kesukaran samada  mudah, sederhana, sukar atau tahap "pewai"(ayat yang selalu aku dengar dari pendaki tegar) . 

      2.      Gunung Datok yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 2000 kaki dan  mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Gunung Datok bukanlah puncak tertinggi dan merupakan puncak permatang  yang menganjur dari G. Rembau (2900 Kaki).



3.  Kali ini aku memulakan pendakian secara solo. Syukur, aku berjumpa rakan baru dan menjadi volunteer guide yang paling cool. Pendakian bermula dari Tugu Keris Hutan Lipur (tercatat sejarah ringkas Gunung Datok)  ke jeram dengan melalui  satu jambatan . Permulaan pendakian telah bermula dengan kecerunan hampir 90 darjah dan kadangakala landai apabila hampir sampai ke puncak.
 










 

  

1.   4. Aku merupakan golongan dalam kategori "gayat". Apabila melihat tangga besi yang menegak yang diikat pada bongkah batu, lutut aku bergetar. Namun aku gagahi kerana inilah saja laluan untuk sampai ke puncak .























   
1.        5. Pendakian kali ini aku rasa amat unik kerana:
a.       Berkenalan 3 kelompok majoriti kaum,
                                                               i.      Melayu - bekerja dan menetap di Rembau dan salah seorangnya pendaki otai bekas tentera yang pernah terlibat dengan operasi mencari seorang juruukur yang hilang hampir satu bulan di hutan tahun 2006
                                                             ii.      Cina       -           kumpulan bekas pelajar dari Melaka dan reunion di puncak Datok
                                                            iii.      India      -           Rakan sekerja dari Klang yang pertama kali mendaki G. Datok

b.       View dari puncak - Selat Melaka dan Bandar Melaka dengan jelas. Teman  baru menyatakan inilah kali pertama beliau dapat lihat bandar melaka dan selat melaka walaupun hampir setiap minggu datang ke sini. Alhamdulillah



6.  Malaysia adalah negara yang unik dengan pelbagai etnik dan kaum tetapi alangkah baiknya bersama berbanding hanya berada dalam kelompok etnik mereka saja.          

Monday 15 July 2013

Finding LUV @ CBL



1.        Alhamdulillah... my leave approved.. Its time to test myself again with nature before Ramadan      

 2.      Its a first time I joined Nature  Explorer  Event  and 1st hiking to Chemerong Waterfall - Mount Berembun - Langsir Waterfall after plan many time to CBL and blog I read added more flavour to conquer and experience CBL.


    3.      10.30 am - We start hiking after briefing and registration  and  about 2 hour trail is clear and easy then later trail about  45 degree and really sweating without any wind blow. That a different experience compare other hiking
 

    

 4.     1.00 pm  - First Check Point at Kem B and taking our packed lunch there. I became last group to reach as I became volunteer "Sweeper" which I prefer and giving more opportunity to explore my lens


5.   2.00 pm - I continue my hiking with go-go En Sham non- stop to Kem Y. Not  much we talk as both concentrate on hiking and I unable to explore my lens at Jeram Orkid.  Go-go show me other trail direct to Langsir waterfall without access to Mount Berembum.




6.      3.00 pm - Reach Kem Y.. I decide to wait last group and became volunteer Sweeper again. At Campsite, rubbish is left by earlier group (UIA Kuantan - refer to Registration Log) Its sad to see the nature vandalisms by educate groups.  









7.     5.00 pm - Reach Taman Bonsai with excellent view . We reach at peak at 5.30 pm  and decided to boil water for Milo...



    8.     
6.30 Continue our hiking to Langsir Waterfall and our campsite for 2 days


9.      Overall : Its excellent trip, good organizer (4 star), great friendship ...  with a lot of memories..


 Note  : Still thinking why they Call Sg Bangan (Bangang) but its great place to Tiruk if you dare looo.....




Wasalam Falling in Luv with CBL.. Wish to be here again.

 











Tuesday 16 April 2013

Hitam Putih dan Warna @ Yong Belar



Aku merasa amat teruja hari ini kerana Yong Belar merupakan G7 yang pertama akan aku daki. Bermula jam 8.00 pm aku sudah memulakan perjalanan dari Kuantan ke Kg Raja Cameron Highland.

Jam 1 pagi aku berhenti di R&R Tapah bertemu rakan rakan lain bersama Gogo Adam. Trip ini agak istimewa kerana bersama adik adik Unimap seramai 38 orang. Kami semua tiba di Masjid Kg Raja jam 4.00 am. Sementara menuggu waktu subuh kami semua sempat melelapkan mata.

Selepas sembahyang subuh, semua peserta mula bergerak ke starting point Blue Valley Dam menggunakan pacuan 4 roda yang dikelola oleh En Fauzi. Gogo Adam, Nabil and Amir memberikan taklimat kepada peserta dan peserta Unimap mengadakan sesi rengangan badan. Suasana pagi terasa amat dingin.

Kami mula pendakian jam 10.00 am, agak lewat. Permulaan pendakian telah memberi cabaran, kena mendaki 252 (anggaran) anak tangga .

Selepas mendaki anak tangga, terbentang paip - paip air yang disalurkan ke kebun sayur yang perlu dilalui. Keadaan paip air yang berair, berlumpur dan licin menyebabkan beberepa peserta tersungkur termasuk aku.. He he (Kenangan pahit)


Selepas melalui paip air, kami semua berehat di anak sungai. Laluan selepas ini ada Kem Kabin dan Bukit Botak. Keadaan disini agak panas kerana tiada pokok dan tidak pasti samada lombong atau bekas kawasan balak


Dari sumber Wikipedea : Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim,Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


Setelah melalui beberapa puncak tipu akhir kami sampai ke Kem Tudung Periuk. Rancangan awal untuk berkhemah di  Kem Kasut. Gogo memutuskan untuk berkhemah di Kem Tudung Periuk kerana ada peserta yang fist time mendaki dan lewat tiba dari jadual asal. Maklumat dari guider, kem ini baru dibersihkan dari sampah sarap  oleh kumpulan guider. Syarat utama mendaki, semua keperluan yang dibawa hendaklah dibawa pulang dan tidak dibenarkan meninggalakan apa apa sampah.

Sumber air boleh diperolehi kira - kira 100 meter dari kem dan merupakan laluan untuk ke kem kasut dan Puncak Yong Belar.


Awal pagi aku dan semua peserta bersiap sedia untuk meneruskan pendakian . Perjalanan ini hanya membawa sedikit bekalan makan dan minuman dan santai tanpa perlu membawa beg besar. Terdapat beberapa puncak tipu yang perlu dilalui dan melalui puncak tipu, Puncak Yong Belar dapat dilihat beserta Banjaran Titiwangsa. Aku di hidangkan dengan pemandangan fuana dan flora dan cuaca yang dingin.

Setelah 4 jam aku tiba di Kem Kasut. Keadaan kem kasut agak berlumpur dan berair. Keputusan berkhemah di Kem tudung Periuk adalah keputusan yang tepat . Setelah berehat 30 minit aku dan peserta meneruskan perjalanan ke puncak Yong Belar . Kira kira 1.30 jam aku dan semua peserta tiba di puncak Yong Belar. Tiada perassan yang dapat digambarkan. Yong belar menjadi G7 yang pertama aku daki. Nanum tersemat perasaan dukacita kerana puncak yang berkabus dan banjaran titiwangsa nampak kabur diatas puncak.Apapun alhamdulillah dan Taniah Semua