Tuesday 23 July 2013

1 Malaysia @ Gunung Datok N9

  

      1.       Satu keunikan yang aku dapati ialah setiap gunung ganang di Malaysia yang pernah aku ialah  trek dan tahap kesukaran tersendiri . Setiap pendaki mempunyai pendapat yang tersendiri tentang tahap kesukaran samada  mudah, sederhana, sukar atau tahap "pewai"(ayat yang selalu aku dengar dari pendaki tegar) . 

      2.      Gunung Datok yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 2000 kaki dan  mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Gunung Datok bukanlah puncak tertinggi dan merupakan puncak permatang  yang menganjur dari G. Rembau (2900 Kaki).



3.  Kali ini aku memulakan pendakian secara solo. Syukur, aku berjumpa rakan baru dan menjadi volunteer guide yang paling cool. Pendakian bermula dari Tugu Keris Hutan Lipur (tercatat sejarah ringkas Gunung Datok)  ke jeram dengan melalui  satu jambatan . Permulaan pendakian telah bermula dengan kecerunan hampir 90 darjah dan kadangakala landai apabila hampir sampai ke puncak.
 










 

  

1.   4. Aku merupakan golongan dalam kategori "gayat". Apabila melihat tangga besi yang menegak yang diikat pada bongkah batu, lutut aku bergetar. Namun aku gagahi kerana inilah saja laluan untuk sampai ke puncak .























   
1.        5. Pendakian kali ini aku rasa amat unik kerana:
a.       Berkenalan 3 kelompok majoriti kaum,
                                                               i.      Melayu - bekerja dan menetap di Rembau dan salah seorangnya pendaki otai bekas tentera yang pernah terlibat dengan operasi mencari seorang juruukur yang hilang hampir satu bulan di hutan tahun 2006
                                                             ii.      Cina       -           kumpulan bekas pelajar dari Melaka dan reunion di puncak Datok
                                                            iii.      India      -           Rakan sekerja dari Klang yang pertama kali mendaki G. Datok

b.       View dari puncak - Selat Melaka dan Bandar Melaka dengan jelas. Teman  baru menyatakan inilah kali pertama beliau dapat lihat bandar melaka dan selat melaka walaupun hampir setiap minggu datang ke sini. Alhamdulillah



6.  Malaysia adalah negara yang unik dengan pelbagai etnik dan kaum tetapi alangkah baiknya bersama berbanding hanya berada dalam kelompok etnik mereka saja.          

No comments:

Post a Comment