Tuesday 6 August 2013

Pengenalan kepada "Composition" dan "Exposure"


1.        Fotografi yang menarik bukan sahaja terletak kepada kemahiran menggunakan Shutter Speed, ISO dan Aperture sahaja.  Elemen composition juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan subject atau talent dalam  imej

2.        Seringkali kita dapat menghasilkan imej yang baik dan menarik tetapi apabila elemen composition tidak di ambil berat, imej  itu hanya sekadar imej  tanpa ada sebarang seni  dan penceritaan untuk kongsi bersama.

3.        Asas Fotografi adalah satu  seni penghasilan imej dari pantulan cahaya dan dirakam dalam lensa kamera dan composition adalah salah satu nilai tambah utama ke atas imej yang dihasilkan.

Apa itu Composition dan Exposure

1.        Composition yang baik merupakan satu element penting dalam fotografi. Ia dicipta sebagai panduan untuk mendapatkan hasil fotografi yang menarik. Elemen composition juga boleh digabungkan untuk mendapat hasil yang terbaik.

1st Elemen  - Rule of Third

2.        Kebanyakan photographer tahu tentang konsep Rule of Third. Konsep ini merupakan pembahagian imej kepada 3 bahagian atau 9 segmen  secara 2 garisan menegak dan 2 garisan mendatar.

3.        Dalam konsep  Rule of third menetapkan bahawa subjek  penting mesti ditempatkan di pertemuan setiap garisan. Konsep Golden Ratio juga hampir sama dengan konsep Rule of Third tetapi kurang digunakan.

4.        Kebanyakan kamera telah dilengkapi konsep garisan untuk Rule of Third pada skrin LCD untuk panduan .





 2nd Element - Line

1.        Elemen Line merupakan salah satu elemen penting dalam fotografi dan  elemen ini boleh dalam keadaan lurus, melengkung, menegak, melintang, condong, atau berbentuk zigzag / S

2.        Elemen ini  dapat menarik perhatian penonton kepada arah haluan atau orientasi pusat  imej yang dihasilkan.

3.        Elemen juga  dapat membayangkan sesuatu perasaan seperti garisan menegak membayangkan perasaan kekuatan / kuasa dan garisan melengkung atau berbentuk S membayangkan perasaan ketenangan




...Bersambung

No comments:

Post a Comment