Tuesday 3 September 2013

3 Jiwa Bersatu, Memori Kem Lopak, Syawal di Yong Yap, Bubu & Tok Nenek

3 Jiwa Bersatu
  • Malaysia adalah negara yang unik dengan 3 warna utama, Melayu, Cina dan India.  YYBBTN telah menyatukan jiwa tiga warna dengan semangat setiakawan , saling menghormati dan berkongsi satu bumbung .

  • Inilah warna sejati Malaysia di YYBBTN.

Memori Kem Lopak


  • Walaupun cerita pendaki yang hilang di laluan YYBBTN menjadi ingauan dan ingatan kepada semua pendaki, Yong Yap, Bubu  & Tok Nenek juga menyatukan  2 hati antara Adam dan Hawa, memulakan  salam perkenalanan, menyemai bunga bunga cinta dan akhirnya.. satu ikatan tali perkahwinan.

  • Kem Lopak juga telah menjadi saksi  permulaan kepada satu ikatan dan menjadi memori  yang terindah. Terima kasih kepada gogo yang berkongsi  secebis sejarah.









Syawal di Yong Yap, Bubu & Tok Nenek


  • Pendakian bermula dari Lojing ke Perkampungan Asli  Kg Rengil melalui Jambatan Kayu. Permulaan Trek balak sepanjang hampir 7 km dengan laluan berbuluh hingga ke Simpang Tok Nenek, mula melunturkan semangat. Pertemuan dengan Pakcik Tapah, adalah satu rahmat dan simpati atas keadaan kesihatannya.


  • Laluan merentas pohon buluh , laluan sungai dan anak sungai yang hilang dalam perkiraan,  benar benar mencabar dan menguji kesabaran. Pengalaman lalu menyakinkan  bahawa setiap laluan akan tetap memberi cabaran yang berbeza dan mengingatkan kita agar sentiasa menghormati alam semulajadi dan kebesaran ciptaan tuhan, yang maha esa.


  • Kem Agas menjadi persinggahan pertama dan titik permulaan mengerat hubungan dan berkongsi pengalaman. Tiada cerita politik, tiada kata mengata... keluar dari dunia nyata.. ini menjadikan aku jatuh cinta untuk terus mendaki. Ruang ini juga memberi peluang untuk muhasabah diri dan mencari titik kekuatan jati diri 



  • Pendakian  hari kedua adalah untuk sampai ke puncak Yong Yap dan laluan menjanjikan  hari yg lebih mencabar dan perlu untuk membawa air yang mencukupi . Hari ini benar benar menyeksakan kerana mengalami kecederaan lutut kiri akibat tergelincir, ditambah  dengan bebanan air. Terima kasih kepada teman teman yang berkongsi bebanan  atas satu semangat setiakawan tanpa mengira warna.


  • Alhamdulillah Puncak G7  kedua dapat ku capai.. Pemandangan yang terbaik, cuaca yang terbaik dengan panorama 'golden moment' yang paling terbaik ...dengan view puncak Bubu, Tok Nenek, Yong Belar, Korbu dan Gayong, Banjaran Titiwangsa. Dan meletakkan sasaran untuk menawan puncak Korbu dan Gayong





  • Hari ketiga  aku berjaya menawan puncak Bubu dengan cabaran kecederaan dan laluan yang lebih mencabar dan suatu ketika, hampir berputus asa dan akhiranya ...berjaya sampai Kem Kambing yang merupakan kem terakhir sebelum ke puncak Tok Nenek 


  • Sambutan Syawal di puncak Tok Nenek, menikmati 2 biji tembikar tanda kesyukuran, menjadikan Syawal di YYBBTN sebagai memori yang terindah untuk semua. Respek kepada teman, membawa gitar tanpa tali ke puncak YYBBTN . Tiada irama tanpa lagu




Terima kasih kepada semua. Insyallah aku akan datang lagi



2 comments:

  1. salute laa papa sanggup bawak dlsr naik gunung.. daa la fragile kan... tapi memang puas hati dapat capture pic yang sangat cantik!! puas hati!!

    ReplyDelete