1. Satu keunikan yang aku dapati
ialah setiap gunung ganang di Malaysia yang pernah aku ialah trek dan tahap kesukaran tersendiri . Setiap
pendaki mempunyai pendapat yang tersendiri tentang tahap kesukaran samada mudah, sederhana, sukar atau tahap "pewai"(ayat
yang selalu aku dengar dari pendaki tegar) .
2. Gunung Datok yang
terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 2000
kaki dan mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp
Atas. Gunung Datok bukanlah puncak tertinggi dan merupakan puncak
permatang yang menganjur dari G. Rembau (2900 Kaki).
3. Kali ini aku memulakan pendakian secara solo. Syukur, aku berjumpa rakan
baru dan menjadi volunteer guide yang paling cool. Pendakian bermula dari Tugu
Keris Hutan Lipur (tercatat sejarah ringkas Gunung Datok) ke jeram dengan melalui satu jambatan . Permulaan pendakian telah
bermula dengan kecerunan hampir 90 darjah dan kadangakala landai apabila hampir
sampai ke puncak.
1. 4. Aku merupakan golongan dalam kategori "gayat". Apabila
melihat tangga besi yang menegak yang diikat pada bongkah batu, lutut aku
bergetar. Namun aku gagahi kerana inilah saja laluan untuk sampai ke puncak .
1.
5. Pendakian kali ini aku rasa amat unik kerana:
a.
Berkenalan 3 kelompok majoriti kaum,
i.
Melayu - bekerja dan menetap di Rembau dan salah seorangnya pendaki otai
bekas tentera yang pernah terlibat dengan operasi mencari seorang juruukur yang
hilang hampir satu bulan di hutan tahun 2006
ii.
Cina - kumpulan bekas pelajar dari Melaka dan reunion di puncak
Datok
iii.
India - Rakan sekerja dari Klang yang
pertama kali mendaki G. Datok
b.
View dari puncak - Selat Melaka dan Bandar Melaka dengan jelas. Teman baru menyatakan inilah kali pertama beliau
dapat lihat bandar melaka dan selat melaka walaupun hampir setiap minggu datang
ke sini. Alhamdulillah
6. Malaysia adalah negara yang unik dengan pelbagai etnik dan kaum tetapi
alangkah baiknya bersama berbanding hanya berada dalam kelompok etnik mereka
saja.
No comments:
Post a Comment