Aku merasa amat teruja hari ini kerana Yong Belar merupakan G7 yang pertama akan aku daki. Bermula jam 8.00 pm aku sudah memulakan perjalanan dari Kuantan ke Kg Raja Cameron Highland.
Jam 1 pagi aku berhenti di R&R Tapah bertemu rakan rakan lain bersama Gogo Adam. Trip ini agak istimewa kerana bersama adik adik Unimap seramai 38 orang. Kami semua tiba di Masjid Kg Raja jam 4.00 am. Sementara menuggu waktu subuh kami semua sempat melelapkan mata.
Selepas sembahyang subuh, semua peserta mula bergerak ke starting point Blue Valley Dam menggunakan pacuan 4 roda yang dikelola oleh En Fauzi. Gogo Adam, Nabil and Amir memberikan taklimat kepada peserta dan peserta Unimap mengadakan sesi rengangan badan. Suasana pagi terasa amat dingin.
Kami mula pendakian jam 10.00 am, agak lewat. Permulaan pendakian telah memberi cabaran, kena mendaki 252 (anggaran) anak tangga .
Selepas mendaki anak tangga, terbentang paip - paip air yang disalurkan ke kebun sayur yang perlu dilalui. Keadaan paip air yang berair, berlumpur dan licin menyebabkan beberepa peserta tersungkur termasuk aku.. He he (Kenangan pahit)
Selepas melalui paip air, kami semua berehat di anak sungai. Laluan selepas ini ada Kem Kabin dan Bukit Botak. Keadaan disini agak panas kerana tiada pokok dan tidak pasti samada lombong atau bekas kawasan balak
Dari sumber Wikipedea : Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim,Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Setelah melalui beberapa puncak tipu
akhir kami sampai ke Kem Tudung Periuk. Rancangan awal untuk berkhemah di Kem Kasut. Gogo memutuskan untuk berkhemah di
Kem Tudung Periuk kerana ada peserta yang fist time mendaki dan lewat tiba dari
jadual asal. Maklumat dari guider, kem ini baru dibersihkan dari sampah
sarap oleh kumpulan guider. Syarat utama mendaki, semua keperluan yang dibawa hendaklah dibawa pulang dan tidak dibenarkan meninggalakan apa apa sampah.
Sumber air boleh diperolehi kira - kira 100 meter dari kem dan merupakan laluan untuk ke kem kasut dan Puncak Yong Belar.
Sumber air boleh diperolehi kira - kira 100 meter dari kem dan merupakan laluan untuk ke kem kasut dan Puncak Yong Belar.
Awal pagi aku dan semua peserta bersiap sedia untuk meneruskan pendakian . Perjalanan ini hanya membawa sedikit bekalan makan dan minuman dan santai tanpa perlu membawa beg besar. Terdapat beberapa puncak tipu yang perlu dilalui dan melalui puncak tipu, Puncak Yong Belar dapat dilihat beserta Banjaran Titiwangsa. Aku di hidangkan dengan pemandangan fuana dan flora dan cuaca yang dingin.
Setelah 4 jam aku tiba di Kem Kasut.
Keadaan kem kasut agak berlumpur dan berair. Keputusan berkhemah di Kem tudung
Periuk adalah keputusan yang tepat . Setelah berehat 30 minit aku dan peserta
meneruskan perjalanan ke puncak Yong Belar . Kira kira 1.30 jam aku dan semua
peserta tiba di puncak Yong Belar. Tiada perassan yang dapat digambarkan. Yong
belar menjadi G7 yang pertama aku daki. Nanum tersemat perasaan dukacita kerana
puncak yang berkabus dan banjaran titiwangsa nampak kabur diatas puncak.Apapun alhamdulillah dan Taniah Semua
No comments:
Post a Comment